Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2019

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2019 dijalankan pada 27 April 2019. YB Dato' Nor Azmi Bin Mat Ludin telah sudi untuk merasmikan hari kecemerlangan pada hari itu. Hari kecemerlangan ini diadakan pada setiap tahun untuk memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan dalam peperiksaan PT3, SMA dan SPM.


Pada tahun ini, tokoh ibu bapa telah dianugerahkan kepada Puan Nor Azam Bt Abdullah. Beliau mempunyai dua orang anak yang pernah dan sedang bersekolah di SMA Al-Wosto. Anak beliau Nur Farhana Bt Hamat berjaya menempatkan diri dalam senarai pelajar cemerlang SPM 2018 dengan kejayaan 6A. Anak beliau Nur Aleeya Maisarah bt Hamat pula yang sedang belajar di Tingkatan 2 juga cemerlang dengan mendapat nombor 2 dalam peperiksaan akhir tahun 2018 dan Ujian Penilaian tahap 1 tahun 2019.


Tokoh pelajar diberi kepada Rairi Bt Ramli. Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik beliau sepanjang bersekolah di sini dan penglibatan beliau dalam kokurikulum. Beliau telah mendapat 7A dalam SPM, Mumtaz Sofi dalam SMA. Beliau juga pernah menjadi pendebat terbaik dalam pertandingan MASISUPA peringkat negeri.

Untuk melihat lebih banyak gambar sila klik pautan di galeri

Tag: programsekolah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini