Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Punch Card Terakhir…

7 Mei 2021, SMA Al Wosto

Kesedihan mula terasa..  Hari ini, adalah pertemuan terakhir Ustazah Norzilan Mat Yusof dapat bersama dengan semua guru di SMA Al Wosto.  Mengakhiri tugasannya pada usia emas 60 tahun, Ustazah Norzilan telah menumpahkan jasa baktinya melebihi 30 tahun disekolah ini.  Telah ramai anak-anak muridnya yang berjaya diluar sana telah mendapat asuhan awal dari tangannya.
 
Kami seluruh kakitangan Sekolah Menengah Agama Al Wosto ingin mengucapkan Selamat Bersara pada Ustazah Norzilan Mat Yusof dan semoga Ustazah Norzilan sentiasa mendapat kehidupan yang baik dan tetap dibawah perlindungan-Nya.
 

  *artikel ini beserta foto dan video di ruangan galeri  :) 

Tag: Norzilan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini