Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama

7 April 2021, SMA Al Wosto

 .. بسم الله الرحمن الرحيم

 
Hanya selepas 2 hari sekolah dibuka, keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama pula diumumkan.  Perasmian keputusan ini telah disampaikan melalui telesidang oleh YH. Dato’ Dr. Haji Zulkiflie bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.
 
Dari segi pencapaian, SMA Al Wosto telah berjaya melahirkan 18 orang calon cemerlang iaitu 3 calon Mumtaz, 9 calon Jayyid Jiddan dan 6 calon Jayyid.  Dari segi kedudukan sekolah, SMA Al Wosto berjaya menduduki tangga ke 11 secara keseluruhan.  
 
Penyampaian sijil seterusnya telah dibuat di kawasan sekolah dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.  
 
“Semoga kita bersama dapat memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia
 
 
 *artikel ini beserta foto dan video di ruangan galeri  :)

Tag: SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini