Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

MAJLIS KHATAM AL QURAN

22 Jun - Majlis khatam Al Quran peringkat sekolah telah diadakan pada jam 8 pagi di Dewan Makan Aspura.  Majlis dihadiri kira-kira 400 orang pelajar beserta para guru seawal jam 7.30 pagi.   

Doa dibaca sebagai pembukaan acara.  Program Majlis Khatam Al Quran di teruskan dan diakhiri dengan doa bacaan doa penutup oleh ketua pelajar. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah yang sampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Mahmod yang bertajuk "Lailatulqadar Qadar".  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu PU Mohamad Faris Abu Bakar yang menyampaikan ceramah bertajuk "Nuzul Quran dan Remaja Era Globalisasi" kira-kira jam 9.30 pagi dan majlis berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Tag: Al Wosto Khatam Al Quran

0 komen

Sila berikan komen anda di sini