Seminar Ibrah Israk Mikraj anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar terus komited memperkukuh pembangunan sahsiah dan kerohanian pelajar apabila pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bersama guru pengiring menyertai Seminar Ibrah Israk Mikraj anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Program yang berlangsung pada 28 Januari 2026 (Rabu) ini telah diadakan dari 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Kulliah Utama, Pusat Bahasa Moden, UMPSA Pekan, dengan tujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap hikmah peristiwa Israk dan Mikraj serta menyokong pembentukan sahsiah pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan kerohanian.

0 komen