Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Hari Bahasa Inggeris 14 Februari 2018

    Pada Hari Bahasa Inggeris kali ini, Amisya Rifhan dari kelas 4M telah menyampaikan syarahan dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk "the importance of being punctual". Syarahan telah disampaikan selepas nyanyian Asma Ul-Husna dan bacaan Al-Quran. Selepas itu Ustaz Redha telah menyampaikan ucapan berkenaan pemberian wang zakat oleh MUIP yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Tag: hari bahasa inggeris 2018

Papar Artikel

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak A

       Pada petang hari Selasa 13 Februari satu perlawanan persahabatan bola sepak bawah 18 tahun antara SMAM dan SMK Maran telah dijalankan di padang Majlis Daerah Maran. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri 1 berbalas 1. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang bermain bersungguh-sungguh. Diharapkan perlawanan ini boleh menjadi satu medan untuk kedua-dua pasukan bersedia untuk kejohanan sebenar nanti. Terimakasih juga diucapkan kepada Cikgu Suhimi dan...

Tag: persahabatan 2018

Papar Artikel

Program Suntikan Imunisasi HPV pelajar perempuan Tg 1 SMAM

  Satu program suntikan imunisasi HPV telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Selasa 13 Februari 2018 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Pelajar-pelajar tingkatan 1 perempuan ini menerima suntikan dari pasukan kesihatan Maran yang diketuai oleh Doktor Khairul. Sebelum diberikan suntikan, Doktor Khairul telah memberikan sedikit taklimat berkenaan suntikan dan kaitan dengan penyakit yang cuba dicegah iaitu kanser pangkal rahim. Terimakasih kepada pihak...

Tag: hpv 2018

Papar Artikel

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak A antara SMAM dan SMK Maran 2

     Pada hari Isnin bersamaan 12 Januari 2018, telah diadakan satu perlawanan persahabatan Bola Sepak A diantara pasukan SMAM dan Pasukan SMK Maran 2 yang berlangsung di padang bola SMK Maran 2. Perlawanan bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Perlawanan ini diadili oleh pengadil yang dijemput khas dari SMK Maran iaitu Cikgu Suhimi. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak pada SMA Maran iaitu dengan jaringan 3 berbalas 1. Tahniah kepada...

Tag: persahabatan 2018