Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Ziarah Bekas Pelajar SMAM

      Pada hari Khamis 1 Mac 2018, SMAM dikunjungi oleh 3 orang pelajar dari "batch" SPM 2014 iaitu Farah Nabila Bt Samidi, Suhanis Bt Hamid dan Aina Bt Razali. Kehadiran mereka adalah untuk melawat bertanya khabar bekas guru-guru mereka yang masih lagi berada di SMAM. Terimakasih diucapkan diatas kesudian mereka menziarahi SMAM.

Tag: Ziarah bekas pelajar

Papar Artikel

"Water Dispenser" disita

       Pada pukul 11.00 pagi Jumaat 2 Mac 2018, satu pasukan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Maran telah mengunjungi SMAM untuk menyita alat bekalan air yang dipasang disekolah dan asrama. Pemberitahuan telah dibuat pada 22 Januari 2018 yang lalu mengenai langkah ini kepada semua pelajar SMAM di Dewan Tun Abd Razak. Langkah ini diambil kerana kajian yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Maran mendapati penapis air yang digunakan dalam alat-alat ini telah dicemari...

Tag: sita 2018

Papar Artikel

Kerohanian Jumaat ( 2 Mac 2018)

     Pada hari Jumaat 2 Mac 2018, sebagaimana yang diadualkan, telah dijalankan program kerohanian iaitu bacaan Al-Quran secara berjemaah di dalam Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Pengawas yang mengetuai bacaan kali ini ialah Saudara Amiruddin dan Yusman. Selesai bacaan, majlis disambung pula dengan ucapan dan tazkirah pendek oleh guru bertugas iaitu Ustaz Khairun Nas.

Tag: rohani jumaat

Papar Artikel

Suntikan Vaksin Anti Tetanus

    Alhamdulillah, pada hari ini Khamis 1 Mac 2018, satu pasukan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Maran diketuai oleh Doktor Khairul telah berkunjung ke SMAM sekali lagi untuk memberikan suntukan vaksin anti tetanus kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 SMAM. Semua pelajar tingkatan 3 telah terlibat dengan program ini. Sebelum suntikan diberikan, pelajar-pelajar telah mendengar taklimat ringkas dari Doktor Khairul mengenai kancing gigi, kemudian pelajar-pelajar juga telah...

Tag: Suntikan Tetanus 2018