Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara SMAM dan Al-Khairiah

      Perlawanan persahabatan bola tampar lelaki dan perempuan antara pasukan SMAM dan Al-Khairiah telah diadakan pada petang Selasa 20 Februari 2018 di gelanggang bola tampar SMAM. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2 - 2 untuk pasukan lelaki dan untuk pasukan perempuan, SMAM tewas kepada Al-Khairiah. Semoga perlawanan ini akan lebih memberikan persediaan mental dan fizikal kepada kedua-dua pasukan samada SMAM atau Al-Khairiah. InsyaALLAH.

Tag: perlawanan persahabatan 2018 bola tampar.

Papar Artikel

Latihan Intensif untuk MASISUPA 2018

    Sesi latihan intensif sebagai persediaan menghadapi MASISUPA Zon 2 telah diadakan bermula dari hari Selasa 20 Februari - Rabu 21 Februari 2018. Latihan sukan telah diadakan di tempat latihan masing-masing manakala latihan ilmiah telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Latihan bermula selepas perhimpunan pagi sehinggalah jam 2.30 petang. Diharapkan ini akan menyediakan fizikal dan mental pelajar untuk menghadapi MASISUPA Zon 2 yang akan bermula pada 22 Februari 2018 ini....

Tag: latihan intensif 2018

Papar Artikel

Selamat Kembali Ke SMAM

      Pihak Admin Web SMAM mengucapkan selamat kembali kepada semua warga SMAM yang akan menyambung sesi persekolahan pada Selasa 20 Februari 2018. Sekembalinya dari cuti sempena Tahun Baru Cina ini, SMAM akan membuat persediaan terakhir untuk menghadapi temasya MASISUPA Zon 2 yang akan berlangsung di SMA Pulau Tawar bermula dari petang Khamis 22 Februari dan akan berakhir pada hari Ahad 25 Februari 2018. Diharapkan semua pelajar akan bersedia dari segi mental dan fizikal bukan...

Tag: 2018

Papar Artikel

Pemberian Wang Zakat RM100 oleh MUIP kepada semua pelajar SMAM

      Alhamdulillah, sebagaimana pada tahun-tahun sebelum ini pelajar-pelajar SMAM telah menerima sumbangan wang zakat dari MUIP yang disampaikan sendiri oleh pegawai-pegawai MUIP yang berkunjung ke SMAM. Penyerahan wang bernilai RM100 itu dibuat dari kelas-kelas oleh pegawai MUIP dengan diiringi oleh GPK HEM ustaz Mohd Redha. Semoga wang ini akan digunakan sebaik mungkin oleh pelajar-pelajar SMAM untuk membantu proses pembelajaran mereka di sekolah. AAmiiin. Terimakasih yang...

Tag: Wang zakat 2018