Sukacita dimaklumkan keputusan SPM bagi ambilan tahun 2017 akan diumum tidak lama lagi iaitu dijangka pada bulan Mac 2017. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM bagi calon 2017 akan keluar pada cuti semester bulan Mac 2018. Semakan keputusan SPM ambilan 2017 akan dikemaskini secara terperinci dari masa ke semasa.
Pasti ramai pelajar yang ternanti-nanti keputusan mereka itu nanti. Sebagai makluman, kini pelajar boleh membuat semakan keputusan SPM...
Alhamdulillah, pada hari Selasa 27 Februari 2018, satu lawatan telah diadakan oleh satu pasukan pegawai-pegawai JKR Maran ke SMAM untuk membuat penilaian kos untuk pembaikkan asrama dan sekolah. Projek pembaikkan ini adalah di bawah peruntukan yang dikeluarkan oleh ECER ( East Coast Economic Regiona) pahang. Adalah diharapkan projek pembaikkan ini akan berjalan secepat mungkin untuk memberi keselesaan dan suasa yang lebih kondusif kepada semua warga SMAM. InsyaALLAH
Alhamdulillah, seramai 96 pelajar lelaki dan 91 pelajar perempuan SMAM telah menyertai MASISUPA zon 2 2018 yang dilaksanankan di SMA Pulau Tawar dari 22 Februari hingga 25 Februari 2018. Rombongan telah bertolak dari SMAM pada pukul 1.00 tengahari dengan menaiki 5 buah bas yang disewa khas. Pertandingan telah bermula seawal jam 3.00 petang dimana pasukan bola sepak A SMAM telah bertemu dengan pasukan SMA Pulau Tawar di Padang Bola SMA Pulau Tawar. ...
Alhamdulillah, pada 20 Februari 2018, SMAM telah menerima seorang lagi guru baru yang bernama Ustazah Ummu Hidayah Hasnaa Binti Makhodir yang memegang jawatan guru ASPA. Beliau merupakan lepasan sekolah Al-Khairiah dan telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusan takhasus akidah dan falsafah. Warga SMAM amat bertuah dan berbesar hati menerima beliau sebagai salah seorang tenaga pengajar di SMAM. Semoga beliau akan selesa dan gembira menabur jasa di bumi...