Pondok Peringatan Tragedi Kebakaran 2017
Sebuah pondok untuk memperingati tragedi kebakaran satu blok ASPURI sedang dibina dihadapan pejabat SMAM diantara 2 blok sekolah. Pondok ini merupakan satu cetusan idea dari tuan Pengetua SMAM sendiri bertujuan untuk memperingati tragedi tersebut. Bahan binaan yang digunakan kebanyakkannya diambil dari kayu-kayu yang selamat dalam kebakaran blok tersebut. Ini merupakan satu simbolik untuk menunjukkan bahawa SMAM akan tetap kekal dan akan dibina semula untuk meneruskan...
Gotong-royong Aspura
Gotong-royong aspura telah diadakan pada 04 Februari 2018 bermula jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi. Gotong-royong ini adalah salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar setiap hari ahad dan mereka akan membersihkan surau, bilik study, tandas, belakang asrama dan juga dorm masing-masing. Diharapkan usaha murni ini akan menjadikan asrama dan kawasan sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selesa.
Ceramah Imam 2 Masjid Asy-Sayakirin
Alhamdulillah pada Malam Sabtu 2 Februari 2018, satu ceramah bertajuk "Alam Kematian" telah disampaikan oleh Imam 2 Masjid Asy-Syakirin Maran di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Ceramah ini dihadiri oleh semua pelajar ASPURA dan ASPURI bermula dari pukul 7.50 malam sehingga pukul 9.15 malam. Semoga ceramah ini akan dapat memberi kesedaran dan semangat kepada semua yang hadir
Solat Sunat Gerhana Bulan
Alhamdulillah pada malam Khamis bersamaan dengan 31 Februari 2018, majlis solat sunat gerhana bulan telah dijalankan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Maran termasuklah di Surau SMAM. Seorang pelajar SMAM pula iaitu Saudara AHMAD MUSTAFA WALIYUDDIN BIN AZIEH telah diberi penghormatan untuk menyampaikan khutbah gerhana di Masjid Besar Maran, Masjid Asy-Syakirin. Alhamdulillah, beliau telah berjaya menyampaikan khutbah dengan baik,lantang dan penuh semangat. Semoga beliau...

