Ucapan Pertama Guru Baru SMAM
Alhamdulillah, SMAM telah menerima seorang guru Bahasa Inggeris yang baru yang bertukar dari Kuliyyah Pekan iaitu Cikgu Nur Fadhilah Binti Ahmad Hazamy. Beliau telah melaporkan diri di SMAM pada hari Rabu minggu lepas iaitu pada 7 Februari 2018. Dan pada perhimpunan Isnin 12 Februari 2018, usai ucapan dari guru bertugas minggu lepas dan guru bertugas minggu ini, beliau telah diberi peluang untuk memberi ucapan di hadapan warga SMAM. Warga SMAM ingin mengucapkan selamat datang...
Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Perempuan
Satu perlawanan persahabatan bola tampar perempuan antara pasukan SMAM dan Beliawanis Maran telah dilangsungkan di gelanggang bola tampar SMAM bermula dari pukul 5.40 petang hingga pukul 6.30 petang. Perlawanan ini adalah persediaan untuk bertanding di MASISUPA Zon 2 yang akan berlangsung pada 22 Februari ini di SMA Pulau Tawar. Diharapkan perlawanan persahabatan ini akan berjaya mengukuhkan pasukan SMAM untuk bertanding di sana nanti. Terimakasih diucapkan kepada pasukan...
Majlis Penutup MASISUPA SMAM
Alhamdulillah, pada hari Jumaat 9 Februari 2018, Majlis Penutup MASISUPA SMAM telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Majlis dimulakan dengan ucapan GPK Kokurikulum, Cg Aminah Murni dan diikuti pula oleh ucapan peramian penutupan oleh Tuan Pengetua Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Seterusnya pelajar-pelajar yang keletihan selepas merentas desa telah dihiburkan oleh persembahan johan nasyid rumah sukan dari rumah sukan Ibnu Sina. Seterusnya majlis diteruskan dengan...
Kejohanan Merentas Desa 2018
Alhamdulillah, kejohanan merentas desa SMAM telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat bersamaan 9 Februari 2018 bermula dari pukul 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Sebelum kejohanan bermula, Ustaz Zakwan selaku SU Sukan SMAM telah membuat taklimat tentang perjalanan kejohanan dan juga taklimat keselamatan kepada semua pelajar. Larian telah dilepaskan pada pukul 8.30 pagi di padang SMAM oleh Tuan Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Seramai 5 orang anggota polis telah...

