Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Liqa' Mahabbah bersama Exco-exco Asrama 2018

   Pada malam Rabu 7 Mac 2018, telah diadakan satu acara dinamakan Liqa' Mahabbah di kalangan warden-warden dan exco-exco asrama SMAM. Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat SMAM bermula dari pukul 9.15 sehinggalah 12.00 malam. Majlis bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan asrama/aktiviti exco dan membincangkan cadangan bagi memantapkan lagi organisasi asrama 2018. Semoga majlis ini akan menjadi salah satu pemangkin kecemerlangan SMAM . InsyaALLAH.

Tag: Liqa' Mahabbah

Papar Artikel

Perjumpaan Kokurikulum 7 Mac 2018

      Perjumpaan kokurikulum kali ini Rabu 7 Mac 2018 adalah melibatkan bidang sukan dan permainan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh persatuan-persatuan sukan antaranya seperti mesyuarat perlaksanaan liga, aktiviti pengukuhan kerjasama, latihan stamina dan latihan kemahiran khusus mengikut jenis sukan. Aktiviti bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat.

Tag: koku 2018

Papar Artikel

Lawatan Kaji Selidik Phd

     Pada hari ini Rabu 7 Mac 2018, satu kaji selidik telah dijalankan oleh Ustaz Amilrudin Ishak. Kajian tersebut dilakukan terhadap kaedah P&P subjek Bouth. Pemantauan dilakukan oleh Ustaz Amilrudin bersama tuan pengetua. Semog Ustaz Amilrudin Ishak berjaya mendapat keputusan yang baik dalam kajian ini. 

Tag: kaji selidik 2018

Papar Artikel

Ceramah Kesihatan Gigi (7 Mac 2018)

    Alhamdulillah pada hari ini Rabu 7 Mac 2018, satu ceramah kesihatan gigi telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Ceramah dihadiri oleh semua pelajar-pelajar dan guru-guru. Ceramah disampaikan oleh Dr Nabilah Amalin Bt Zulkipeli, Pegawai Pergigian KP Maran. Ceramah bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Tag: ceramah gigi 2018