Ceramah dan Ujian Darah untuk Thalassemia
Pada hari ini Isnin 12 Mac 2018, satu pasukan pegawai-pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Maran telah mengunjungi SMA Maran dengan diketuai oleh Doktor Khairul. Program pada hari ini ialah ceramah mengenai thalassemia dan diakhiri dengan pengambilan sampel darah semua pelajar tingkatan 4 untuk ujian thalassemia. Program bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Terimakasih diucapkan kepada semua pegawai kesihatan yang berkunjung ke SMAM hari ini. Jasa baik anda akan sentiasa dikenang.