Hari Bahasa Inggeris 7 Mac 2018
Pada hari ini Rabu 7 Mac 2018, hari Bahasa Inggeris telah dijalankan seperti biasa diperhimpunan di mana perjalanan perhimpunan oleh pengawas dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, tiada syarahan Bahasa Inggeris dipersembahkan pada hari ini.
Pengumuman Keputusan SPM 2017
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, keputusan SPM tahun 2017 akan diumumkan pada Khamis bersamaan 15 Mac 2018. Semoga kejayaan akan mengiringi pelajar-pelajar SMAM yang menjadi calon SPM 2017. InsyaALLAH.
Perjumpaan PSS kali pertama 2018
Perjumpaan kali pertama PSS SMAM telah diadakan pada hari Selasa bersamaan dengan 6 Mac di Perpustakaan. Ianya bermula pada pukul 3.00 petang dan membincangkan:
1. Lantikan Organisasi
2. Aktiviti Tahunan
3. Cadangan pembaharuan untuk sesi 2018
4. Persediaan untuk gotong royong
Semoga PSS SMAM akan lebih aktif dan kondusif di tahun 2018 ini dan membantu pelajar-pelajar untuk menjadi lebih cemerlang insya ALLAH.
1. Lantikan Organisasi
2. Aktiviti Tahunan
3. Cadangan pembaharuan untuk sesi 2018
4. Persediaan untuk gotong royong
Semoga PSS SMAM akan lebih aktif dan kondusif di tahun 2018 ini dan membantu pelajar-pelajar untuk menjadi lebih cemerlang insya ALLAH.
Latihan Pusat Bola Tampar Perempuan di SMAM
SMAM telah menjadi lokasi latihan pusat untuk bola tampar A perempuan Zon 2. Pada Hari ini Selasa 6 Mac 2018, telah diadakan juga sesi pemilihan untuk menentukan pemain-pemain yang akan terpilih sebagai wakil Bola Tampar A perempuan untuk Zon 2. Latihan dan pemilihan adalah di bawah kelolaan Ustazah Jazlina dari SMAM. Semoga pasukan ini akan terus berjaya di peringkat MASISUPA pusat nanti. InsyaALLAH.

