Solat Hajat Khas Untuk Cikgu Abdullah
Pada malam ini 3 April 2018, telah diadakan sekali lagi Majlis Solat Hajat Khas untuk mendoakan kesembuhan Cikgu Abdullah. Semoga ALLAH mengabulkan permohonan kita. Marilah kita sama-sama meneruskan solat hajat atau doa kita untuk Cikgu Abdullah. Semoga ALLAH memperkenankan doa kita semua. AMIIIIIIIIIN.
Amalan Bacaan Al-Quran Pagi (3 April 2018)
Amalan membaca Al-Quran untuk menguatkan kerohanian warga SMAM diadakan pada setiap perhimpunan pagi Selasa hingga Jumaat. Semoga amalan ini akan meningkatkan keimanan di kalangan warga SMAM dan membina SMAM yang lebih cemerlang
Mohon Doakan Cg Abdullah
Berita dari ahli keluarga Cikgu Abdullah pada pukul 4 petang 3 April 2018 menyatakan bahawa pihak doktor telah menyatakan Cikgu Abdullah dalam keadaan tenat.Doktor telah mengarahkan semua ahli keluarga datang dengan kadar segera untuk berjumpa dengan Cikgu Abdullah. Doktor menyatakan pihak mereka telah melakukan yang terbaik untuk Cikgu Abdullah dan meminta pihak keluarga redha dengan pemergian Cikgu Abdullah dalam masa terdekat ini. Doktor telah membenarkan membuat lawatan...
Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ruqyah Al-Fatihah Untuk Cg Abdullah dan Ayah Ustaz Azrul
Alhamdulillah. Sekali lagi Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Ruqyah Al-Fatihah diadakan di surau ASPURA SMAM untuk mendoakan kesembuhan untuk Cikgu Abdullah dan juga untuk ayah kepada Ustaz Azrul yang telah juga dimasukkan ke HOSHAS Temerloh kerana masalah kesihatan. Majlis ini dipimpin oleh Setiausaha 4K Ustaz Farek. Kami warga SMAM memohon kepada siapa jua yang membaca artikel ini untuk meluangkan sedikit masa mendoakan Cikgu Abdullah dan ayah kepada Ustaz Azrul...

