Hari Bahasa Arab 5 April 2018
Alhamdulillah, perhimpunan pagi Khamis 5 April 2018 yang dikhaskan sebagai Hari Bahasa Arab telah dimanfaatkan dengan penggunaan Bahasa Arab dalam sepanjang perjalanan perhimpunan. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Saudara Wan Hakimi dan kemudiannya dengan bacaan Hiwar beramai-ramai yang diketuai oleh wan Asyikin. Semoga aktiviti yang dijalankan setiap minggu ini akan meningkatkan penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar-pelajar SMAM
Solat Hajat, Bacaan Surah Al-Waqiah, Bacaan Asma Ul-Husna dan Ruqyah Al-Fatihah untuk Cikgu Abdullah
Alhamdulillah sekali lagi majlis khas solat hajat, bacaan dan Ruqyah Al-Quran serta ditambah dengan bacaan asma ul husna telah berjaya dilaksanakan untuk mendoakan kesembuhan dan kesihatan untuk Cikgu Abdullah pada malam Rabu 4 April 2018 bertempat di Surau ASPURA SMAM. Semoga ALLAH swt yang Maha Berkuasa dan Maha Menyembuhkan akan mengabulkan doa-doa hambaNya. Marilah kita meneruskan berdoa untuk kesembuhan dan kesihatan Cikgu Abdullah. InsyaALLAH.
Aktiviti Kokurikulum 4 April 2018
Perjumpaan kokurikulum pada Rabu 4 April 2018 adalah untuk kelab persatuan. Pelbagai aktiviti telah diadakan mengikut kesesuaian persatuan masing-masing.
Hari Bahasa Inggeris 4 April 2018
Seperti mana pada setiap hari Rabu, perhimpunan pagi diadakan dalam Bahasa Inggeris untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar SMAM. Untuk perhimpunan kali ini, pengerusi majlis iaitu Saudari Fatin Nabila menjalankan perhimpuan dalam Bahasa Inggeris. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Quran secara berjemaah diketuai oleh Saudara Zulfikri. Seterusnya perhimpunan dipersembahkan dengan persembahan dialog Bahasa Inggeris yang bertajuk " how...

