Analisa Peperiksaan SPM 2017 SMAM
Peperiksaan SPM yang telah diumumkan pada 15 Mac 2018 yang lalu telah menunjukkan penurunan dari segi GPS sekolah. Hanya 4 subjek sahaja yang mendapat keputusan lulus 100% iaitu Matematik, Bahasa Melayu Sejarah dan Sains. Keputusan terbaik SMAM ialah 4A. Semua subjek juga didapati mengalami penurunan dari segi GPMP berbanding tahun 2016. Semoga SMAM akan bangkit semula di SPM 2018. InsyaALLAH.
Peluang Sambung Belajar Di KUIPSAS 2018
KUIPSAS menawarkan banyak jurusan-jurusan kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang yang berminat untuk menyambung pelajaran selepas tamat SPM. Kepada mana-mana pelajar yang berminat bolehlah melawat ke laman web KUIPSAS untuk maklumat lanjut tentang permohonan masuk ke sana. Laman webnya adalah seperti berikut.,
https://www.kuipsas.edu.my/
https://www.kuipsas.edu.my/
Teruskan Berdoa Untuk Kesembuhan Cikgu Abdullah
Update terkini Cikgu Abdullah pada 21 Mac 2018 menunjukkan beliau masih belum sedarkan diri dan menurut kenyataan isterinya akan dilakukan tracheostomy pada beliau kerana hati dan ginjal beliau belum berfungsi dengan baik lagi. Marilah kita sentiasa mendoakan kesembuhan kepada Cikgu Abdullah kita.
Wacana Ilmiah Kumpulan Perkhidmatan Professional JAIP
Satu program yang dinamakan sebagai Wacana Ilmiah Kumpulan Perkhidmatan Professional JAIP telah diadakan pada hari ini Khamis 22 Mac 2018 dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

