Mari Berterawikh di Dewan Tun Abd Razak SMAM
Sempena Ramadhan ini, SMAM telah mengadakan majlis solat sunat Terawikh yang diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada setiap malam Ramadhan. Pelajar-pelajar ASPURA dan ASPURI akan berkumpul di dewan ini selepas solat Maghrib dan berbuka puasa. Semua pelajar dan warden akan bersolat Isyak dan Terawikh secara berjemaah di sini. Para Imam dikalangan pelajar telah ditetapkan giliran mereka.
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Alhamdulillah, Ramadhan telah tiba lagi kali ini pada tahun 2018. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, SMAM telah menganjurkan satu ceramah Ramadhan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada 16 Mei 2018 bermula dari pukul 1.30 tengahari hingga 2.30 petang. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mahmud Mat. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan ingatan tentang Ramadhan kepada semua warga SMAM untuk memastikan Ramadhan kali ini akan disambut dengan pesta amal ibadat. InsyaALLAH.
Sambutan Hari Guru SMAM 2018
Alhamdulillah, sambutan hari guru SMAM telah berjaya dilangsungkan pada hari Rabu 16 Mei 2018. Sambutan telah diselenggarakan oleh Badan Pengawas dan dibantu oleh guru-guru badan pengawas. Sambutan yang meriah ini adalah untuk meraikan para guru-guru SMAM. Tema berpakaian yang ditetapkan ialah pakaian tradisional melayu. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Nota: Jika ingin melihat atau mendownload gambar-gambar hari guru 2018, sila ke GALERI, klik FOTO dan buka...
Nota: Jika ingin melihat atau mendownload gambar-gambar hari guru 2018, sila ke GALERI, klik FOTO dan buka...
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018
Peperiksaan pertengahan tahun telah bermula untuk tingkatan 1,2,4 dan 5 pada 14 Mei 2018. Untuk tingkatan 1 dan 2 peperiksaan akademik ini akan berakhir pada 22 Mei 2018 manakala untuk tingkatan 4 dan 5 pula akan berakhir pada 29 Mei 2018. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar-pelajar.

