Bengkel Tahsin Al-Quran 2018 Zon 2
Alhamdulillah, Bengkela Tahsin Al-Quran Zon 2 yang telah dirancang telah berjaya dilaksanakan bermula pada petang Jumaat 20 April 2018. Program bermula dengan pendaftaran peserta yang diadakan di perkarangan Dewan Tun Abd Razak SMAM yang bermula dari pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Sebanyak 5 buah sekolah menyertainya iaitu SMA Maran, Maahad SAS, SMA Al-Ihsan, SAR Ulu Cheka dan SMA Pulau Tawar. Seramai 165 orang peserta menyertai program ini. Semoga ianya...
Persediaan Untuk Bengkel Tahsin 2018
Alhamdulillah bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari Jumaat 20 April 2018, satu gotong royong ringkas telah diadakan untuk membuat persiapan bagi perjalanan program tahsin yang akan diadakan bermula dari petang Jumaat 20 April 2018 hingga Ahad 22 April 2018. Semoga program ini akan berjalan dengan baik. InsyaALLAH.
Rohani Jumaat 20 April 2018
Setiap kali hari Jumaat balik kampung, SMAM akan mengadakan program solat Dhuha dan solat Hajat selepas bacaan Al-Quran beramai-ramai di perhimpunan pagi Jumaat. Ini merupakan program kerohanian akan akan diteruskan sepanjang tahun ini insyaALLAH.
Science Is Fun
Perlaksanaan konsep "hands On" dalam pembelajaran Sains boleh meningkatkan minat pelajar untuk belajar subjek Sains yang biasanya dianggap sebagai antara subjek yang sukar di sekolah. Antara kaedah "hands on" yang boleh diguna pakai ialah kaedah eksperimen yang bukan sahaja menarik minat pelajar tetapi akan turut sama menambahkan daya ingatan dan kefahaman pelajar tentang fakta atau teori yang dipelajari.

