Pengurusan Biasiswa untuk Tingkatan 1 2018
Selepas tamat sesi kerohanian pada pagi Jumaat 6 April 2018, pelajar-pelajar tingkatan 1 telah dikumpulkan di Dewan Tun Abd Razak untuk pengurusan biasiswa oleh Cikgu Asmar yang merupakan Setiausaha Bahagian Biasiswa SMAM. Pelajar-pelajar yang layak telah diberikan borang biasiswa dan seterusnya Cikgu Asmar telah memberikan taklimat tentang biasiswa. Semoga semua calon berjaya mendapatkan biasiswa untuk meringankan beban kos pembelajaran mereka. Aameeen.
Rohani Jumaat: Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Khas untuk Cikgu Abdullah (7 April 2018)
Sepertimana hari-hari Jumaat minggu balik kampung yang lain, perhimpunan pagi Jumaat diisi dengan majlis bacaan Al-Quran berjemaah, Solat Dhuha dan Solat Hajat. Majlis bermula dari pukul 7.20 hingga pukul 8.00 pagi. Solat hajat juga diadakan untuk memohon kesembuhan dan kesihatan untuk Cg Abdullah yang telahpun pergi meninggalkan kita buat selamanya pada petang Jumaat itu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang dicintai ALLAH. Aameeeeen.
Jenazah Cikgu Abdullah Telah Selamat Dikebumikan
Alhamdulillah, jenazah Cikgu Abdullah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chedung, Maran pada malam ini Jumaat 7 April 2018. Jenazah telah dibawa ke perkuburan dari Masjid As-Syakirin selepas disembahyangkan pada lebih kurang pukul 9.00 Malam dan telah selesai pengkebumian pada pukul 10.30 Malam. Semoga rohnya tenang di sana, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Warga SMAM ingin mengucapkan terimakasih kepada semua...
Al-Fatihah Kepada Cikgu Abdullah
Dimaklumkan kepada semua Cikgu Abdullah kita telah meninggal dunia lebih kurang pukul 3.57 petang Jumaat 7 April 2018 tadi. Jenazah akan dimandikan di Masjid Tanah Putih Kuantan dan akan dibawa balik ke Maran untuk dikebumikan selepas Isyak. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin Maran selepas solat Isyak. Marilah kita beramai-ramai ke Masjid As-Syakirin untuk bersolat jenazah dan seterusnya menghantar jenazah ke perkuburan. InsyaALLAH. Al-Fatihah.

