Penyampaian Sijil Taekwando PERISAI 2018
Penyampain sijil pencapaian bagi pelajar-pelajar SMAM yang menyertai pertandingan Taekwando PERISAI 2018 telah diadakan di tapak perhimpunan hari ini Rabu 28 Mac 2018. Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Us Shamsuri Bin Shamsuddin. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat.
Ujian Penilaian Tahap 1 (UPT1) SMAM Bermula
Alhamdulillah, UPT1 SMAM telah bermula pada hari Isnin 26 Mac 2018 dan akan berakhir pada Hari Jumaat 30 Mac 2018 bagi tingkatan 1- 3, hari Isnin 2 April bagi tingkatan 5 dan hari Selasa 3 April 2018 bagi tingkatan 4. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik UPT1 ini. InsyaAALLAH.
Teruskan Berdoa Untuk Cikgu Abdullah Kita
Hari ni 23 Mac 2018, Cikgu Abdullah masih belum sedar sepenuhnya. Tekanan darah dan jantung dalam keadaan okay dan beliau telah mula bergerak-gerak. secara amnya keadaan beliau semakin baik. Marilah kita meneruskan doa kita kepada ALLAH yang maha esa semoga Cikgu Abdullah kita cepat sembuh. InsyaALLAH.
Taklimat PIC untuk perlaksanaan MS ISO 9001:2015
Satu taklimat perlaksanaan iso9001:2015 telah dilaksanakan hari ini 23 Mac 2018 di Bilik Seminar 2, Masjid Sultan Ahmad 1,Kuantan. Taklimat ini turut dihadiri 2 warga SMAM iaitu Cikgu Immazura dan Ustaz Khairun Nas. Program bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

