SCHOOL TOUR SCORE A+ PAHANG 2026 - SUBJEK SAINS dan MATEMATIK SPM
Program dilaksanakan di Bilik Tayang, SMA Maran pada hari Jumaat 22 Mei 2026 (Hari Hol) bermula dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi bagi Subjek Sains dan 10.45 - 12.45 tengahari bagi Subjek Matematik. Program ini merupakan projek kerjasama antara Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan Pusat Tuisyen Teratak Ilmu (PTTI). Penceramah Sains ialah Teacher Nur Bashira Binti Shaharuddin manakala penceramah Matematik ialah Teacher Norsu'aidah Binti Amir. Terimakasih diucapkan kepada pasukan PTTI yang telah datang seawal jam 6.40 pagi untuk membuat persediaan dan seterusnya menjalankan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar SPM 2026 yang telah hadir walaupun pada hari cuti Hol dan permulaan cuti sekolah ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dalam program ini akan dapat digunakan dalam mencapai kejayaan dalam SPM 2026. InsyaALLAH.

0 komen