PERHIMPUNAN RASMI PAGI ISNIN 27 OKTOBER 2025 DAN PENYAMPAIAN KUPON PENINGKATAN PRESTASI KEPADA PELAJAR

    Dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM dari jam 7.20 hingga 8.00 pagi. Penyampaian kupon dilakukan oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Saiful Faizal Bin Karim. Setiap kupon yang diberikan bernilai RM5 yang boleh ditukarkan dengan makanan di kantin sekolah. Kupon yang diberikan juga adalah mengikut setiap subjek yang diambil. Jika pelajar mencatatkan kenaikan prestasi sebanyak 2 gred bagi 5 subjek, maka pelajar akan menerima 5 kupon, begitulah seterusnya. Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat kupon. Semoga dapat meningkatkan semangat belajar kepada yang menerima dan tidak menerima kupon. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2025