TEMUDUGA TINGKATAN 1 SESI 2026

 Program dijalankan di Dewan Tun Abd Razak, SMA Maran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Sabtu 15 November 2025. Program dimulai dengan sesi pendaftaran pada jam 8.00 pagi diikuti oleh sesi ujian bertulis dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi dan diakhiri dengan sesi temu uji untuk bacaan jawi dan Al-Quran. Tahniah kepada semua calon-calon dan ibubapa penjaga yang hadir pada sesi temuduga kali ini. Semoga kejayaan bersama anak-anak calon. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2025