Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Agama Berlangsung
15 November, 2021, SMA Al Wosto
Selamat menempuhi peperiksaan percubaan kepada semua pelajar tingkatan 4 yang sedang melalui peperiksaan percubaan Sijil Menengah Agama (SMA). Seramai 65 pelajar yang terlibat dalam peperiksaan ini yang berlangsung selama 9 hari iaitu dari 10 hingga 22 November 2021.
Selamat Berjaya…!
“Bersama Hentikan Wabak COVID-19”
*artikel ini beserta foto dan video di ruangan galeri :)
Watikah Pelantikan Exco Asrama
8 November, 2021, SMA Al Wosto
Kira-kira jam 7.30 pagi, satu majlis pelantikan exco bagi kedua-dua asrama putera dan puteri telah diadakan di Dewan Al Hassan, SMA Al Wosto. Majlis ini dibuat bagi mengiktiraf peranan semua exco yang telah bertungkus lumus dalam menjaga para pelajar dan membantu para warden dalam pentadbiran asrama. Seramai 70 orang pelajar telah dilantik dan majlis pelantukan telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajah Noraini binti Abdul Manap.

Pihak...
Watikah Pelantikan Pengawas
22 Okt., 2021, SMA Al Wosto
Kira-kira jam 8 pagi, satu majlis pelantikan pengawas telah diadakan di Dewan Al Hassan, SMA Al Wosto. Walaupun sedikit terlewat, majlis pelantikan ini tetap dijalankan bagi mengiktiraf para pengawas di sekolah ini. Seramai 57 orang orang pelajar telah dipilih berdasarkan kriteria kecemerlangan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Majlis pelantikan ini telah di rasmikan oleh Tuan ASP Hairol Azhar bin Abdul Aziz, Pegawai PIFOS (D13....
Selamat Kembali Anak-anak Al Wosto
7 November, 2021, SMA Al Wosto
Selamat kembali diucapkan kepada semua anak-anak SMA Al Wosto. Setelah sekian lama melalui proses pembelajaran kendiri di rumah, kini tibalah masanya untuk semua kembali ke sekolah bagi menghadiri kelas bersemuka.
Untuk itu, program pendaftaran pelajar telah dilakukan di perkarangan Dewan Utama Al Hassan pada 10 Oktober (pelajar tingkatan 4 hingga 6) dan 24 Oktober (pelajar tingkatan 3) serta 7 November 2021 (pelajar tingkatan 1 dan 2). ...