Selamat Datang Ustazah Aisyah Asma'
Warga SMAM mengucapkan selamat datang kepada Ustazah Aisyah Asma' yang merupakan seorang guru ASPA yang berpindah dari Pusat Bahasa Pekan ke SMA Maran. Semoga beliau akan selesa dan sukses di SMAM. Insya ALLAH.
Pemantauan JAIP bagi pematuhan SOP pembukaan sekolah
Pemantauan pematuhan SOP pembukaan sekolah telah dilaksanakan di SMAM oleh Pegawai JAIP Ustaz Azmi Murad dan pegawai perhubungan polis sekolah inspektor Hafiz pada hari ini Rabu 24 Jun 2020.
Alhamdulillah: Hari pertama persekolahan pasca covid-19
Alhamdulillah, SMAM telah dibuka semula dengan rasminya hari ini 24 Jun 2020 dengan kehadiran pelajar-pelajar untuk memulakan PdP di sekolah. Pelajar-pelajar asrama telah mendaftarkan diri di asrama semalam, 23 Jun 2020 Bermula dari jam 2.00 petang dan pada hari ini pelajar-pelajar luar mula masuk ke kawasan sekolah seawal jam 6.40 pagi. Semua pelajar luar telah diperiksa suhu badan masing-masing di pintu masuk sekolah dan maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut SOP...
Makluman: Surat Rasmi Pembukaan Sekolah Bagi Kemasukkan Tingkatan 5 (SPM) dan Tingkatan 4 (SMA) Pasca COVID-19
Pembukaan sekolah adalah berdasarkan surat siaran di atas. Selamat kembali semula ke sekolah.