Persediaan Asrama untuk Pembukaan Semula Sekolah pada 24 Jun 2020
Persediaan asrama untuk menerima pelajar yang akan memulakan persekolahan pada 24 Jun 2020 ini giat dijalankan oleh warden-warden dengan bantuan guru-guru lain dan juga staff-staff yang berkenaan. Persediaan adalah lebih kepada menyiapkan asrama mengikut SOP penjarakkan sosial yang telah ditetapkan. Warden-warden SMAM terdiri dari Ustaz Haikal (Ketua Warden), Cikgu Izhharuddin, Ustazah Salmiah dan Ustazah Ummu. Semoga pelajar-pelajar akan selesa dan selamat di asrama nanti....
Gotong Royong Persediaan Pembukaan SMAM pasca COVID-19
Satu gotong royong persiapan sekolah dan asrama untuk pembukaan sekolah pada 24 Jun telah diadakan hari ini 15 Jun 2020 di SMAM. Semua staff dan guru terlibat dengan bantuan beberapa orang pelajar. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Makluman: Pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3 diminta mengambil barang masing-masing di asrama dengan segera
Semua pelajar SMAM tingkatan 1 hingga 3 diminta untuk mengambil barang-barang kepunyaan masing-masing di asrama kerana asrama akan di kemaskan untuk menyusun kedudukan katil, loker dan keperluan lain mengikut peraturan penjarakan sosial PKPP bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 4 yang akan memulakan persekolahan pada 24 Jun 2020 dan 1 Julai 2020. Pengambilan barang-barang tersebut mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak sekolah. Harap maklum.
Tahniah Kepada 5 Pelajar Cemerlang SPM 2019 atas anugerah yang disampaikan hari ini 12 Jun 2020
Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada 5 orang pelajar cemerlang SPM 2019 yang telah menerima hadiah masing-masing pada hari ini dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat SMAM. Hadiah disampaikan oleh GPK Pentadbiran SMAM, Ustaz Shamsudin Bin Ali. 5 Pelajar tersebut ialah saudara Muhammad Afiq Fahmi Bin Mohd Farid, Ahmad Fahmi Bin Mohd Ghulam, saudari Faizatul 'Adilah Binti Nor hamidun,Nur Syafryza Binti Yusof dan Nor Adlina Binti Abu Bakar. Majlis ringkas diadakan disebabkan...