BACAAN AL-QURAN PAGI 7 JULAI 2020
Bacaan Al-Quran pagi diketuai oleh Saudara Adib selaku pengawas bertugas. Beliau memimpin bacaan Al-Quran dari pejabat menggunakan siaraya pejabat.
Hari Pertama Minggu Ke-3 pasca COVID-19
Perhimpunan Rasmi Isnin diadakan di dalam kelas masing-masing. MC dan guru berucap menggunakan siaraya dari pejabat.
Semoga dipermudahkan segalanya Kepada Warga SMA Al-Falah Batu Talam
Innalillahiwainnailaihiraajiunn. Warga SMAM mengucapkan takziah kepada seluruh warga SMA Al-Falah Batu Talam atas kebakaran bangunan asrama lelaki yang berlaku pada pukul 4.15 pagi tadi Sabtu 4 Julai 2020. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku. Warga SMAM mendoakan agar diberi kemudahan oleh ALLAH kepada semua warga SMA Batu Talam dalam menghadapi kejadian ini. Insya ALLAH.
Majlis Bacaan Yasin & Penyampaian Sumbangan PELITUP Muka
Majlis Bacaan Yasin & Penyampaian pelitup muka telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5. Pelitu muka ini adalah sumbangan Exco Agama Negeri Pahang, Dato' Seri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad. Simbolik penyampaian disempurnakan oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.