ABM Bahasa Arab sempena COVID-19
Sempena Norma baru pasca COVID-19, pengetua dengan bantuan staff sekolah iaitu encik Napi, encik Nizam dan encik Shamsul telah menampal peringatan Norma baru di sekitar kawasan sekolah dalam Bahasa Arab untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Arab. Tahniah.
Hari ke 2 minggu ke 2 persekolahan pasca COVID-19
Persekolahan hari kedua minggu kedua pasca COVID-19 menyaksikan pengamalan norma baru persekolahan seperti pengambilan suhu badan bagi semua individu yang masuk ke kawasan sekolah termasuklah guru,pelajar,staff,pekerja kantin dan pekerja dewan makan. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Latihan Dalam Perkhidmatan: Google Classroom bersama Cikgu Izhharuddin Dan Cikgu Syaima
Bengkel penggunaan Google Classroom ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Ladap SMAM dibawah kelolaan Cikgu Noraza Bt Ibrahim. Penceramah yang terlibat ialah Cikgu Izhharuddin dan Cikgu Syaima yang merupakan tenaga pengajar SMAM sendiri. Bengkel disertai oleh semua tenaga pengajar SMAM. Tahniah.
Majlis Perpisahan Ustaz Adam dan Cikgu Sulaikha
Majlis ringkas untuk meraikan pertukaran Ustaz Adam ke SMA Al-Attas dan perpisahan Cikgu Sulaikha yang menerima kerja baru sebagai Pekerja Sambilan Harian Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara (UPEN) Selangor. Majlis diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM.