Pengamalan norma baru persekolahan pasca covid-19
Pengamalan Norma Baru Persekolahan diteruskan ke hari ke 4 minggu kedua persekolahan. Perhimpunan tidak lagi dijalankan di tapak perhimpunan tetapi di dalam kelas untuk menjaga penjarakkan sosial. Semua pengumuman dan aktiviti perhimpunan dibuat di pejabat sekolah menggunakan alat siaraya di situ.
LADAP: Google Meet
Alhamdulillah, satu sesi latihan dalam perkhidmatan (LADAP) telah berjaya dilaksanakan pada hari ini Rabu, 1 Julai 2020 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Program bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Sesi ini melibatkan pendedahan kepada penggunaan Google meet sebagai satu kaedah pembelajaran secara online. Sesi disampaikan oleh Cikgu Izhharuddin dan Cikgu Syaima. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Tahniah SMAM!!!
Tahniah SMAM atas kejayaan SMA dan SPM 2019. Banner mewarwarkan kejayaan ini telah dipasang di lokasi utama banner berdekatan “roundabout” SMAM.
Norma Baru Pasca Covid-19: Perhimpunan Pagi Di Kelas
Perhimpunan pagi diadakan di dalam kelas kerana mematuhi norma baru persekolahan pasca COVID-19. Ketua pelajar SMAM Nur Haziq mengetuai bacaan Al-Quran dengan menggunakan siaraya di pejabat. Tahniah.