Majlis penyampaian sumbangan peralatan kesihatan sempena pembukaan sekolah pasca covid-19
Alhamdulillah, SMAM dengan diwakili oleh Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin telah menerima sumbangan peralatan kesihatan di majlis Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Peralatan Kesihatan Sempena Pembukaan Sekolah Pasca COVID-19 pada Khamis 25 Jun 2020. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN., Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri Pahang. Alhamdulillah.
Selamat Datang Ustazah Aisyah Asma'
Warga SMAM mengucapkan selamat datang kepada Ustazah Aisyah Asma' yang merupakan seorang guru ASPA yang berpindah dari Pusat Bahasa Pekan ke SMA Maran. Semoga beliau akan selesa dan sukses di SMAM. Insya ALLAH.
Pemantauan JAIP bagi pematuhan SOP pembukaan sekolah
Pemantauan pematuhan SOP pembukaan sekolah telah dilaksanakan di SMAM oleh Pegawai JAIP Ustaz Azmi Murad dan pegawai perhubungan polis sekolah inspektor Hafiz pada hari ini Rabu 24 Jun 2020.
Alhamdulillah: Hari pertama persekolahan pasca covid-19
Alhamdulillah, SMAM telah dibuka semula dengan rasminya hari ini 24 Jun 2020 dengan kehadiran pelajar-pelajar untuk memulakan PdP di sekolah. Pelajar-pelajar asrama telah mendaftarkan diri di asrama semalam, 23 Jun 2020 Bermula dari jam 2.00 petang dan pada hari ini pelajar-pelajar luar mula masuk ke kawasan sekolah seawal jam 6.40 pagi. Semua pelajar luar telah diperiksa suhu badan masing-masing di pintu masuk sekolah dan maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut SOP...