Hari pertama minggu kedua persekolahan pasca COVID-19
Amalan norma baru persekolahan pasca COVID-19 diteruskan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar di SMAM. Semua pelajar diambil Dan direkodkan bacaan suhu dipintu masuk sekolah Dan dipintu keluar asrama. Pelajar juga diminta mensanitasi tangan masing-masing menggunakan “hand sanitizer”. Penjarakkan sosial juga diamalkan di semua lokasi dalam sekolah dan asrama.
Alhamdulillah: Terimakasih imam besar masjid asy-syakirin atas jemputan untuk bersolat Jumaat bagi pelajar tingkatan 5 SMAM
Terimakasih diucapkan kepada Imam Besar masjid Asy-syakirin Maran yang menjemput dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 SMAM bersama guru-guru pengiring untuk bersolat Jumaat di Masjid Asy-syakirin hari ini Jumaat 26 Jun 2020. Ini merupakan solat Jumaat kali pertama bagi kebanyakan mereka selepas masjid ditutup disebabkan oleh COVID - 19. Semoga COVID-19 akan berakhir dengan segera
Hari ke 3 norma baru persekolahan
Alhamdulillah norma baharu persekolahan terus diamalkan di SMAM untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar. Semoga semua warga SMAM dihindari dari COVID-19. Insya ALLAH.
Majlis penyampaian sumbangan peralatan kesihatan sempena pembukaan sekolah pasca covid-19
Alhamdulillah, SMAM dengan diwakili oleh Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin telah menerima sumbangan peralatan kesihatan di majlis Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Peralatan Kesihatan Sempena Pembukaan Sekolah Pasca COVID-19 pada Khamis 25 Jun 2020. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN., Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran Dan Kesihatan Negeri Pahang. Alhamdulillah.