Bacaan Al-Quran pagi 16 Julai 2020
Bacaan Al-Quran diketuai oleh Saudara Adib dari pejabat sekolah. Semoga semuanya dirahmati hari ini. Instant ALLAH.
Bacaan Al-Quran Pagi 15 Julai 2020
Bacaan Al-Quran dipimpin oleh Saudara Wan Hakimi dari pejabat SMAM. Pelajar-pelajar lain berada di tempat masing- masing dalam kelas masing-masing.
Makluman Terkini: Persekolahan Pasca Covid-19 bagi tingkatan 1 - 3
Makluman terkini, persekolahan pasca COVID-19 bagi tingkatan 1 hingga 3 ialah pada 3 Ogos 2020 dan masuk asrama pada 2 Ogos 2020. Sebelum ini, kemasukkan tingkatan 3 telah ditetapkan pada 15 Julai 2020, tetapi telah dipinda kepada 3 Ogos 2020 kerana mengikut ketetapan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bacaan Al-Quran Berjemaah Pembuka Pagi 13 Julai 2020
Perhimpunan pagi hari Isnin digantikan dengan bacaan Al-Quran yang diketuai oleh pengawas bertugas dari pejabat sekolah. Pengawas bertugas hari ini ialah Saudara Haziq yang merupakan ketua pelajar SMAM.