Makluman terkini: Persekolahan Pasca covid-19 bagi tingkatan 1-3
Persekolahan Pasca COVID-19 bagi tingkatan 1-3 yang dijadualkan pada 3 Ogos 2020 sebelum ini telah ditunda ke 4 Ogos 2020 disebabkan oleh penetapan terbaru cuti Hari Raya Aidil Adha yang bermula pada 30 Julai 2020 dan berakhir pada 3 Ogos 2020. Harap maklum.
Makluman Terkini Cuti Sempena Hari Raya Aidil Adha 2020
Adalah dimaklumkan bahawa SMA Maran akan bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha bermula dari hari Khamis 30 Julai 2020 hingga Isnin 3 Ogos 2020. Sehubungan dengan itu ibubapa boleh membawa pulang anak masing-masing pada hari Rabu 29 Julai 2020 selepas waktu persekolahan berakhir iaitu selepas jam 2.00 Petang. Walau bagaimanapun semua pelajar diwajibkan makan tengah hari dan solat zohor berjemaah di Surau dahulu sebelum berangkat pulang. Harap maklum.
Bacaan al-Quran pagi 22 Julai 2020
Bacaan diketuai oleh Saudara Faris selaku guru bertugas.
Lawatan Pentadbir SMA Maran Ke SMA Al-Falah Batu Talam untuk menyampaikan sumbangan tabung kebakaran
Rombongan pentadbir SMA Maran yang terdiri dari Pengetua, GPK Pentadbiran, GPK Koku, SU Kebajikan, Penyelia Asrama dan Pemandu telah mengadakan lawatan ke tapak kebakaran di SMA Al-Falah Batu Talam pada hari Khamis 16 Julai 2020.