Kelebihan Mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

 1) MUDAH BERTANYA SOALAN KEPADA GURU

Kebanyakan guru yang mengajar subjek-subjek STAM merupakan lulusan al-azhar. Mereka merupakan pakar dalam subjek-subjek yang mereka kendalikan.Kebanyakan mereka juga mudah untuk dijmpai di bilik guru tanpa perlu ada appoinment.Berbeza dengan universiti agak sukar untuk berjumpa dengan pensyarah berikutan komitmen mereka yang terlalu tinggi mengendalikan 200++ pelajar bagi satu subjek yang diajar.Ini menyebabkan pelajar sukar untuk berhubung terus dengan pensyarah apabila ada subjek tidak difahami.

2)Guru yang prihatin

Belajar di sekolah amat berbeza dengan belajar di universiti. Pensyarah merupakan orang yang tidak dinafikan terlalu hebat di mata dunia apa lagi dengan status mereka sebagai pemegang ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.Namun berada di universiti membuatkan kebanyakan mereka terlalu terikat dengan bahasa asing sebagai bahasa pengantar dalam syarahan mereka.Ini menyebabkan kefahaman sesetengah pelajar mengenai topik yang diajar amat sukar difahami walhal topik itu tidaklah sukar jika diterangkan dalam bahasa ibunda.Berbeza dengan guru sekolah mereka lebih menekankan kefahaman berbanding "stail syarahan".

3) Gagal percubaan/test tidak mempengaruhi keputusan STAM anda!

Percubaan adalah benar-benar cuba-cuba.Bukan test is for exam.Anda tidak perlu risau sekiranya anda gagal sepuluh subjek sekalipun untuk percubaan kerana markah percubaan tidak akan pengaruhi keputusan sebenar anda.Bagi kami percubaan ialah proses pembelajaran bukan proses kegagalan yang bakal datang.Amat berbeza jika anda mengambil percubaan di universiti atau matrikulasi percubaan pertama boleh jadi penyebab "lost of confident level" jika markah yang diperoleh adalah rendah.Ini disebabkan markah yang rendah ketika percubaan memberi pengaruh besar kepada  markah akhir anda sekaligus pointer akhir anda!

4)Soalan target akan didedahkan

Beberapa minggu sebelum STAM berlangsung,akan ada pakar STAM dan pemeriksa kertas soalan yang akan datang bagi mendedahkan kepada anda apa jawapan yang diperlukan oleh setiap soalan.Teknik-teknik menjawab akan dibincangkan secara terperinci.Ciri-ciri soalan juga bakal dirungkaikan bagi memberi hint kepada pelajar "how to score".Waktu ni lah anda akan merasakan usaha anda tidak akan sia-sia kerana anda sudah tahu apa perlu di "fokus" dan apa yang perlu di "scan" bagi setiap topik.Ini amatlah berbeza dengan keadaan di universiti di mana setiap perkara anda mesti survive sendiri.Masa ini rezeki la yang menentukan segalanya sama ada apa yang dibaca akan keluar atau SEBALIKNYA!

 
5)Markah assignment@kerja kursus sangat mudah diperoleh

Akan ada dua subjek yang memerlukan kerja kursus iaitu balaghah dan adab nusus.
Di sekolah anda hanya perlu ikut semua guideline dari guru.Tulis apa yang dia suruh,cari apa yang perlu.Tidak perlu menggunakan komputer untuk membuat sebarang penulisan,Dengan hanya tulisan tangan,kekemasan,susunan maklumat yang baik itu sudah markah.Hantar pada tarikhnya secara berkumpulan,bentang sikit dan jawab soalan mudah yang dikemukakan konfirm markah tinggi dan sangat membantu untuk lulus stam.Peruntukan markah bagi kerja kursus adalah 30%.Ini bermakna anda hanya perlu 10% untuk final bagi melayakkan anda lulus subjek tersebut.hanya orang yang super duper pemalas akan gagal subjek keramat ini ketika stam.

       Assignment di universiti sangatlah berbeza dengan kerja kursus kerana ianya berbentuk soalan (berdasarkan pengalaman sendiri di Uitm) dilakukan secara berkumpulan atau individu bergantung pada lecturer.Ada risiko untuk mendapat markah kosong jika jawapan yang dikemukakan salah kerana jawapan assignment tidak akan dikembalikan untuk pembetulan. Namun, sebaliknya jika anda adalah calon STAM.

6)STAM laku di IPTA,SPA,IPTS DAN Luar negara

STAM adalah sijil yang sama taraf dengan DIPLOMA. Jika anda menggunakan STAM memohon untuk IPTA dan IPTS anda berpeluang untuk terus menyambung ijazah pertama anda dengan pengkhususan dalam bidang syariah,pendidikan,undang-undang,fikh,usuluddin,bahasa arab dan banyak lagi bidang lain walaupun tidak berkaitan dengan agama.
     Pemegang sijil tinggi agama juga berpeluang memohon sebagai penjawat awam dengan gred 29 iaitu setaraf pemegang diploma.
      Di luar negara pula sijil ini amat laku di Timur tengah seperti Mesir,Jordan dan Maghribi.Seperti yang dimaklumkan negara ini telah banyak melahirkan ulama,mufti,pensyarah dan ramai lagi ahli yang pakar dalam agama.

 Berbeza dengan pemegang sijil Asasi dan matrikulasi sijil ini hanya laku di Malaysia sahaja.

7)Boleh mengulang sekiranya gagal dalam masa tiga tahun selepas STAM pertama

walaupun calon STAM gagal mereka masih dberi peluang untuk mengulang selama tiga tahun secara persendirian.Dalam tempoh itu mereka boleh memperbaiki keputusan mereka walaupun gagal dalam 7 matapelajaran! 
        Di universiti,anda hanya diberi satu peluang untuk mengulang sekiranya gagal tidak lebih dari 2 subjek.Sekiranya masih gagal selepas mengulang anda akan ditendang dari universiti atau matrikulasi.Sekiranya anda lulus tapi dengan pointer yang rendah anda akan dilelong seperti ikan buruk di pasar.Anda akan dibuang ke mana-mana course yang banyak kekosongan dan tidak diminati ramai.

8)Yuran pengajian adalah percuma!!

    Di sekolah pengajian anda akan ditanggung kerajaan..setiap urursan pendaftaran akan diuruskan oleh guru anda tanpa membayar walau sesen pun.
    Amatlah berbeza dengan keadaan di universiti.Semua perlu dilakukan sendiri.Yuran pendaftaran juga mahal sehingga beribu-ribu ringgit (diploma).Kebanyakan siswa & siswi terpaksa membuat pinjaman ptptn.Bukankah ini sangat membebankan pelajar di masa hadapan kerana perlu membayar semula pinjaman sesudah kerja.

9)Hidup teratur

     Belajar di sekolah makanan,minuman,tempat tinggal semua ditanggung oleh pihak sekolah sekiranya anda tinggal di asrama.Pelajar jugak tidak akan terjebak dengan anasir negatif seperti kejutan budaya dan sosialisme.Ini disebabkan pelajar-pelajar akan dikawal selia dengan ketat oleh warden yang sangat berwibawa di asrama.Solat juga sangatlah teratur kerana setiap pelajar perlu turut serta berjemaah.
      Berbeza sekiranya anda tinggal di hostel u..makan dan minum tanggung sendiri..tempat tinggal bergantung pada universiti ada yang menyediakan hostel percuma ditanggung ada yang perlu membayar sehingga 600++  untuk satu semester.Risiko terjebak unsur negatif sangatlah tinggi kerana kebanyakan siswa/wi perlu merantau jauh ke negeri orang.Di sana mereka perlu manage your own time yourself..tiada orang yang akan mengawal aktiviti keluar masuk anda di universiti.Solat??paham2 sendirilah.

 

Dipetik Daripada:

http://sekadarnote.blogspot.my/2016/03/kelebihankebaikan-stam-sijil-tinggi.html 

Tag: stam 2018