Slot Tazkirah Selasa
Alhamdulillah, pada perhimpunan pagi Selasa 17 April 2018, telah dimulakan satu slot khas untuk tazkirah dakwah. Program ini dimulakan oleh Saudara Afiq Anuar yang merupakan pengerusi badan dakwah SMAM. Semoga program ini akan berterusan dan memberikan manfaat kepada semua pelajar SMAM.
Mesyuarat Perlaksanaan Bengkel Tahsin Al-Quran 2018
Satu mesyuarat ringkas untuk perlaksanaan Bengkel Tahsin Al-Quran telah diadakan di bilik mesyuarat SMAM yang telah dihadiri oleh semua guru bermula dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang Isnin 16 April 2018. Bengkel ini akan diadakan pada Jumaat 20 April 2018 dan akan berakhir pada hari Ahad 22 April 2018. Mesyuarat ringkas ini adalah untuk memaklumkan gerak kerja yang akan diambil oleh ajik-ajk yang terlibat.
KONPIP 2018
Program Konvensyen Pelajar-pelajar Islam Pahang (KONPIP) 2018 telah diadakan di SMA Al-Wosto dari Jumaat 13 April 2018 hingga Ahad 15 April 2018. 10 orang pelajar SMAM turut sama menghadiri program ini. Semoga perogram ini dapat memberikan input terbaik untuk pelajar SMAM khasnya untuk dikongsikan di SMAM bersama-sama pelajar lain. InsyaALLAH.
Perjumpaan Asrama SMAM 2018
Perjumpaan antara pelajar-pelajar asrama SMAM dan para pentadbir dan warden-warden telah diadakan pada hari Jumaat 13 April 2018, selepas perhimpunan pagi. Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan asrama yng memerlukan perhatian segera. Perjumpaan tamat pada pukul 8.50 pagi,

