Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

"Spot Check" Perdana 2018

   Satu sesi "spot Check" perdana peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 19 April 2018. Program ini bermula dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.00 tengahari. Program ini bertujuan untuk mencari barang-barang terlarang yang dibawa ke sekolah. Ini adalah untuk menguatkuasakan peraturan sekolah sedia ada. Semoga program ini akan dapat meningkatkan tahap disiplin di SMAM. 

Tag: 2018

Papar Artikel

Kuliah Dhuha Masjid Asy-Syakirin

    Alhamdulillah pada pagi Khamis 19 April 2018, seramai 30 orang pelajar perempuan SMAM telah terpilih untuk menyertai Kuliah Dhuha yang diadakan di Masjid As-Syakirin Maran yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Semoga program ini dapat meningkatkan kerohanian pelajar-pelajar SMAM.

Tag: kuliah dhuha 2018

Papar Artikel

Gotong Royong 4K kali pertama 2018

     Pada petang hari Rabu 18 April 2018, telah diadakan gotong royong 4K kali pertama di sekitar kawasan ASPURA dan ASPURI. Program ini diselaraskan oleh Cikgu Izzah selaku SU 4K dan Ustaz Azrul selaku SU Kebersihan 4K. Program bermula dari pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: 4k 2018

Papar Artikel

Hari Bahasa Inggeris 18 April 2018

    Sebagaimana setiap hari Rabu, perhimpunan pada 17 April 2018 diadakan dalam Bahasa Inggeris untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar SMAM. Pada kali ini, selepas bacaan Al-Quran secara beramai-ramai diketuai oleh Saudara Amirruddin selesai, Saudara Afiq telah mempersembahkan ceramah Bahasa Inggeris. Selesai persembahan, Ustaz Azrul dan Cikgu Izzah telah menyampaikan ucapan dan mengumumkan jadual perjalanan gotong royong 4K yang pertama yang akan...

Tag: hari bahasa inggeris 2018