persediaan untuk program Selawat, PIBG dan Hari kecemerlangan 2018
Persediaan untuk majlis Selawat, PIBG dan Hari Kecemerlangan 2018 sedang giat dijalankan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam AJK Pelaksana bertungkus lumus menyiapkan dewan dan kelengkapan yang diperlukan. Semoga semuanya akan berjalan dengan baik.
Program Kembara Minda Kelab Malaysiaku Maran 2019
Beberapa ahli kelab Malaysiaku SMAM dengan diiringi oleh Guru penasihat, Cikgu Adillah telah dibawa menaiki bas dalam program Kembara Minda pada hari ini 25 April 2019.
Majlis Kesyukuran Sempena Kejayaan Zon 2 Memenagi MASISUPA Pusat 2019
Satu majlis kesyukuran untuk meraikan kejayaan Zon 2 dalam MASISUPA Pusat 2019 telah diadakan di Dewan SMA Al-Ihsan. Wakil SMAM turut menghadiri majlis tersebut. Alhamdulillah.
Wacana Ilmiah Amalan Perubatan Tradisional Melayu
Satu Wacana Ilmu yang diberi tajuk Wacana Ilmiah Amalan Perubatan Tradisional Melayu telah diadakan di Auditorium Pejabat Agama Daerah Maran pada hari ini Khamis 25 April 2019. SMAM diwakili oleh Pengetua, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin dan Ustaz Farek. Semoga ianya memberikan ilmu yang berguna kepada kita. InsyaALLAH.