Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

Minggu Balik Kampung 26 April 2019

   Hari Jumaat 26 April 2019 menjadi hari yang menceriakan bagi pelajar-pelajar SMAM yang dibenarkan balik kampung. Semoga semua menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang tempoh bercuti dan semoga berjumpa semula pada sesi persekolahan Isnin 29 April 2019. Pelajar-pelajar asrama dikehendaki pulang semula ke asrama sebelumjam 6.00 petang Ahad 28 April 2019. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Latihan Memasang Khemah Untuk Perkhemahan Bersepadu

   Latihan memasang khemah telah dijalankan melibatkan peserta-peserta yang akan pergi berkhemah pada petang Jumaat 26 April 2019. Latihan diadakan di laman blok sekolah. Ini adalah untuk melatih pelajar SMAM dalam mendirikan khemah dengan cara yang betul. Aktiviti dipantau oleh Ustaz Khairun Nas yang akan mengambil tugasan sebagai guru pengiring.

Tag: SMAM 2019

Papar Artikel

Mengemas dan Menyusun Semula Dewan

   Selesai sahaja Majlis SMAM Berselawat, gotong royong ringkas diadakan untuk mengemas dan menyiapkan semula dewan untuk majlis PIBG dan Hari Kecemerlangan 2018. Semua guru dan pelajar terlibat mengemas dan menyusun dewan untuk majlis esok.

Tag: SMAM 2019