Penawaran Program DPLI kepada semua guru-guru SMAN
Semua guru-guru SMAN yang masih belum mempunya Diploma Perguruan Lepasan Ijazah adalah ditawarkan untuk mengikuti kursus ini yang akan bermula pada bulan September 2019.
gotong royong menceriakan kanopi tempat study
Satu gotong royong telah diadakan pada malam rabu 25 April 2019 yang melibatkan pelajar-pelajar ASPURI dan dipantau oleh warden, Cikgu Norasyikin. Ianya bertujuan untuk menceriakan kanopi tempat ulangkaji pelajar-pelajar ASPURI. Semoga ini akan menjadikan kanopi ini lebih ceria dan kondusif untuk para pelajar. InsyaALLAH
Mesyuarat Panitia Geografi Daerah Maran
Mesyuarat diadakan pada hari Rabu 25 April 2019 di SMK Jengka 10. Ianya dipegerusikan oleh pengetua SMK Jengka 10. Mesyuarat dibuat bersama dengan Jurulatih Utama Daerah Encik Azis Salleh. Agenda mesyuarat ialah perbincangan mengenai post mortem SPM 2018 dan pendedahan awal bentuk soalan geografi PT3,
aktiviti kokurikulum Rabu 25 April 2019
Aktiviti kokurikulum untuk Rabu 25 April ialah sukan permainan. Setiap persatuan mengadakan aktiviti masing-masing mengikut tempat yang telah ditetapkan