Majlis SMAM Berselawat
Majlis SMAM berselawat telah dijalankan pada hari Jumaat 26 April 2019 dari jam 10.15 - 11.30 pagi di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Majlis melibatkan semua pelajar dan guru-guru SMAM. Dalam majlis ini semua pelajar berselawat diselang selikan dengan bacaan hadith oleh Ustaz Azizul. Majlis diselaraskan oleh Ustaz Farek yang merupakan setiausaha Kerohanian 4K SMAM. Tahniah atas majlis yang sangat indah ini. Alhamdulillah.
Persediaan Pentas Untuk Majlis PIBG dan Hari Kecemerlangan 2018
Kerja-kerja akhir persiapan pentas untuk majlis esok masih lagi dijalankan di Dewan Tun Abd Razak. Staff-staff dan guru-guru bergotong-royong menyiapkan pentas untuk acara esok.
Raptai Penerimaan Hadiah Untuk Hari Kecemerlangan 2018
Raptai penerimaan hadiah untuk kecemerlangan 2018 telah diadakan sebelum rehat untuk menyediakan pelajar-pelajar untuk Majlis Kecemerlangan 2018. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Tausiah Ramadhan Oleh Ustaz Azizul 26 April 2019
Tausiah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Azizul selesai solat hajat dan dhuha. Dalam tausiah ini beliau telah menerangkan mengenai kemuliaan dan kelebihan bulan Ramadhan dan menyarankan supaya pelajar-pelajar mempersiapkan diri mengharunginya dengan kekuatan fizikal, mental dan rohani. Semoga Ramadhan ini akan banyak membangunkan diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaALLAH.