Solat Hajat dan Dhuha 26 April 2019
Solat Hajat dan Solat Dhuha telah dipimpin oleh Ustaz Khairun Nas. Semua pelajar-pelajar dan guru-guru SMAM terlibat dengan acara ini. Semoga semua yang dihajatkan akan dimakbulkan oleh ALLAH swt. InsyaALLAH.
Persediaan Tempat Untuk Solat Hajat, Dhuha dan Tausiah Ramadhan
Selepas perhimpunan pagi Jumaat, Ustaz Farek telah mengetuai gotong royong ringkas menyiapkan tempat untuk Majlis Solat Hajat dan Dhuha serta Tausiah Ramadhan.
Perhimpunan Pagi Jumaat 26 April 2019
Perhimpunan pagi Jumaat 26 April 2019 bermula pada jam 7.15 pagi dengan bacaan beramai-ramai dua surah terpilih. Bacaan diketuai oleh Saudara Fahmi dan Wan Hakimi.
Pertandingan Mewarna
Satu pertandingan mewarna akan diadakan pada Sabtu 27 April 2019 di Bandar Miracle Sentral, Bandar Pusat Jengka. Semua yang berminat bolehlah menyertainya.