penyampaian hadiah mini kejohanan bola tampar perempuan
Ustazah Jazlina selaku guru penasihat bola tampar perempuan telah mengumumkan keputusan bagi mini kejohanan bola tampar perempuan SMAM. Hadiah disampaikan oleh Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.
pertandingan kebersihan dan keceriaan minggu 29 - 10 mei 2019
Ustaz Azrul selaku setiausaha 4K untuk keceriaan telah mengumumkan pemenang-pemenag bagi pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan asrama untuk 2 minggu iaitu minggu 29 April - 3 Mei 2019 dan minggu 6 - 10 Mei 2019. hadiah disampaikan oleh GPK HEM, Ustazah Azifah.
PERHIMPUNAN RASMI ISNIN 13 MEI 2019
Perhimpunan bermula dari jam 7.15 pagi hingga 8.05 pagi di tapak perhimpunan bersebelahan Dewan Tun Abd Razak. Perhimpunan diadakan di luar dewan kerana dewan telah digunakan sebagai surau untuk solat isyak dan terawih berjemaah sempena Ramadhan. Guru bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Nurul Izzah. Dalam perhimpunan ini guru-guru yang memberikan ucapan ialah, Ustaz Azrul, Cikgu Izzah, Ustazah Jazlina, Ustazah Azifah dan Ustaz Shamsuri. Majlis ditutup dengan doa oleh MC dan...
Gambar Kenangan Bersama Arwah Cikgu Abdullah Tersayang.....
Gambar pemandangan SMAM dari atas bukit bersebelahan SMAM bersama Arwah Cikgu Abdullah sewaktu merintis jalan untuk merentas desa. Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan beliau di sana pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Al-Fatihah..

