Sekolah Menengah Agama Maran

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Papar Artikel

TRANSFORMASI DIRI UNTUK PRESTASI SPM DAN SMA

 Alhamdulillah, pihak PIBG SMA Maran telah membuat tawaran insentif kepada semua pelajar SMA Maran untuk menggalakkan mereka berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan SMA. Tawaran insentif yang diberikan adalah seperti di atas. Semoga semua pelajar akan menyahut seruan ini. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2025

Papar Artikel

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SMA DAN SPM KEPADA SEMUA PELAJAR SMA MARAN

    Warga SMA Maran menucapkan selamat menduduki Peperiksaan SMA dan SPM 2025 kepada semua calon-calon SMA Maran. Semoga semua calon akan dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan bertulis ini. InsyaALLAH. Untuk peperiksaan SPM 2025, pelajar telah pun selamat menduduki ujian mendengar Bahasa Melayu (10 dan 11 November 2025) dan Bahasa Inggeris (17 November 2025) serta ujjian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Khamis 20 November 2025).

Tag: SMAM 2025

Papar Artikel

SOLAT HAJAT PERDANA 2025

    Dilaksanakan di Dewan TAR, SMAM pada hari Khamis 20 November 2025 bermula dari jam 7.00 petang hingga jam 9.00 malam. Tahniah diucapkan kepada semua ibubapa penjaga yang hadir ke majlis ini. Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan ditutup dengan Solat Isyak berjemaah. Semoga ALLAH swt memberikan kejayaan cemerlang kepada semua calon-calon SMA dan SPM 2025. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2025