PROGRAM MENGAJI QURAN DAN KHATAM SEMPENA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 2026
Program di adakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM dari jam 7.00 petang hingga 9.30 malam Jumaat 16 Januari 2026. Program dipimpin oleh Ustaz Abdul Kader dan Ustaz Farek. Tahniah kepada semua yang terlibat.
ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2026 (15 JANUARI 2026)
Program orientasi tingkatan 1 2026 bermula pada hari Khamis 15 Januari hingga 16 Januari 2026. Ianya dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak dan kawasan sekitar SMAM. Semoga ianya akan memberikan panduan dan ilmu yang berguna kepada semua peserta. InsyaALLAH.
PROGRAM SAYA PELAJAR HEBAT (14 JANUARI 2026)
Program dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Ianya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 yang tidak terlibat dalam pendaftaran pelajar tingkatan 1 sei 2026 yang dilaksanakan di bangunan sekolah. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 terlibat sebagai pembantu dalam sesi pendaftaran tingkatan 1.
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SEI 2026 (14 JANUARI 2026)
Pendaftaran diadakan di Kelas tingkatan 5A dan 5M berumula dari jam 8.00 pagi.

