PENYERAHAN KIT TUNAS MAKMUR (20 JANUARI 2026)
Dilaksanakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM dari jam 2.00 hingga 2.45 petang. Kit telah diserahkan oleh YH Dato' Jisshaelyz bin Hamzah dengan diiringi oleh Pengetua SMAM. Semoga para pelajar terpilih akan bersemangat untuk belajar dengan penerimaan kit ini. InsyaALLAH.
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU DAN LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG
Majlis diadakan secara online di Bilik Mesyuarat SMAM. Ianya dihadiri oleh semua guru dan staff. Majlis bermula dari jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Semoga ikrar ini akan menjadikan JAIP bebas rasuah dan salah guna kuasa. InsyaALLAH.
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2026
Majlis dilangsungkan selepas perhimpunan rasmi Isnin 19 Januari 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Perhimpunan rasmi bermula dari jam 7.20 pagi hingga 8.00 pagi dan terus disambung dengan majlis penyerahan watikah.
ORIENTASI ASRAMA BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2026
Dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad 17 dan 18 Januari 2026 di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

