Persediaan Asrama untuk Pembukaan Semula Sekolah pada 24 Jun 2020

    Persediaan asrama untuk menerima pelajar yang akan memulakan persekolahan pada 24 Jun 2020 ini giat dijalankan oleh warden-warden dengan bantuan guru-guru lain dan juga staff-staff yang berkenaan. Persediaan adalah lebih kepada menyiapkan asrama mengikut SOP penjarakkan sosial yang telah ditetapkan. Warden-warden SMAM terdiri dari Ustaz Haikal (Ketua Warden), Cikgu Izhharuddin, Ustazah Salmiah dan Ustazah Ummu. Semoga pelajar-pelajar akan selesa dan selamat di asrama nanti. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam persiapan ini.

Tag: SMAM 2020