Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Pemberian Vaksin di PPV SMK Seri Pelangai


21 September, - Hari ini, para pelajar Tingkatan 4 & 5 telah mengikut program pemberian vaksin peringkat daerah Bentong di SMK Seri Pelangai.

Ini merupakan dos pertama vaksin Covid-19 yang diberi kepada para pelajar sebelum sesi bersemuka dijalankan pada awal oktober nanti.

Semoga usaha ini dapat mengekang penyebaran virus Covid19 di SMAP setelah sesi bersemuka berlangsung kelak.

Tag: vaksin dos pertama pelajar

Tinjauan Lokasi Menaiktaraf Kemudahan 1GOVMobile


11 September - Pihak GITN & BTM SUK telah melakukan tinjauan lokasi untuk menaiktaraf kemudahan 1govmobile di SMAP. Tinjauan ini dijangka akan mewujudkan kemudahan talian internet fiber selepas ini.

Suatu inisiatif yang patut dipuji buat kesungguh SUK & JAIP bagi meningkatkan kemudahan internet di SMAP. Terima kasih SUK Pahang!

Tag: naik taraf internet

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020


10 September, - Sebuah majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan di beberapa lokasi berasingan hari ini. SMAP terlibat di lokasi Sekolah Menengah Agama Dong, Raub.

Seorang kakitangan yang tidak asing lagi di SMAP iaitu Encik Salim bin Suradi telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Tahniah buat Encik Salim di atas penerimaan anugerah! Semoga Encik Salim terus memberikan khidmat bakti beliau untuk SMAP selepas ini.

Tag: anugerah PERKHIDMATAN Cemerlang 2020 APC

MAJLIS BACAAN YASIN & MUNAJAT WARGA SMAP 2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وآله وصحبه أجمعين

MAJLIS BACAAN YASIN & MUNAJAT WARGA SMAP 2021

Demi kesejahteraan dan kesihatan rohani & jasmani warga SMAP, pihak sekolah menganjurkan majlis bacaan Yasin dan munajat dengan niat agar Allah memulihkan segala urusan dunia akhirat kita semua dan dihindarkan daripada kemudaratan wabak penyakit. Ameen
أصلح الله أمور المسلمين والمسلمات

Majlis pada ketetapan berikut

Tarikh : 3 September 2021@25 Muharram 1443...

Tag: majlis bacaan yassin kesejahteraan buletinsmap