Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Tag: "anugerah"

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020


10 September, - Sebuah majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan di beberapa lokasi berasingan hari ini. SMAP terlibat di lokasi Sekolah Menengah Agama Dong, Raub.

Seorang kakitangan yang tidak asing lagi di SMAP iaitu Encik Salim bin Suradi telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Tahniah buat Encik Salim di atas penerimaan anugerah! Semoga Encik Salim terus memberikan khidmat bakti beliau untuk SMAP selepas ini.

Tag: anugerah PERKHIDMATAN Cemerlang 2020 APC

Papar Artikel

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang

17 Ogos, Selasa - Hari ini diadakan sebuah majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang kali-16 2017 di UMP Gambang.

Seramai 9 orang pelajar SMAP telah ke majlis tersebut untuk menerima hadiah dan cenderamata oleh pihak JAIP. Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tahniah kepada para pelajar atas pencapaian tersebut!

Tag: anugerah pendidikan smap buletinsmap