Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Majlis Penyampaian Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2020

29 Julai, Khamis - Keputusan yang mendebarkan bagi pelajar tingkatan 5 & guru SMAP telah pun diumumkan iaitu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Hari ini suatu majlis serba ringkas diadakan bagi meraikan pencapaian calon & guru SPM 2020 secara pandu lalu. Ini merupakan suatu inisiatif dari Setiausaha SPM SMAP untuk menghargai keputusan SPM 2020.

Majlis turut disempurnakan oleh Puan Pengetua, Ustazah Romila bin Amir Hamzah. Pencapaian SPM 2020 kali ini turut menyaksikan dua orang pelajar telah memperoleh keputusan cemerlang 8A & 7A. Tahniah calon SPM 2020!

Tag: keputusan SPM 2020 sijil pelajaran malaysia

0 komen

Sila berikan komen anda di sini